"Perkara paling sweet ialah ketika dua makhluk saling rindu,
namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan didalam sujudnya masing-masing."
"Serahkan hatimu pada Allah, pasti Dia temukan dengan pemilik terbaik"
"Wanita dicipta BUKAN untuk dikagumi ramai lelaki, tapi untuk seorang lelaki yang bernama SUAMI..."
"You don't know Everything, but Allah knows Everything.."
"Mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya"
"Kalau suka, tak semestinya bercinta. Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh.
Kalau ada jodoh, takkan ke mana jua."
"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya.." - doa Nabi Yusuf.
Nikmatnya Cinta Selepas Nikah itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. InsyaAllah. Redha Allah dicari, bukannya kemurkaan Allah.
Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke SYURGA, dan dari neraka menjauhkan?
Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Kaum hawa sering menitik beratkan aurat ketika solat tetapi mengabaikan aurat ketika di luar solat padahal tuntutan menutup aurat ketika atau di luar solat adalah sama.
Salah satu tips untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah memiliki teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada agama.
Lelaki yang baik takkan pernah memaksa wanita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan murka Allah. Bijak membuat pilihan, lelaki bagaimana yang bakal dijadikan imam keluargamu wahai wanita.
Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik.
Logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya.? Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan.? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah.
Aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cintamu.
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)
Muslimah Sejati, adalah mereka yang pandangan matanya selalu menunduk dan mampu menundukan mata-mata lelaki yang mencoba menaklukannya.
Semoga engkau menjadi permata yang berkilauan. Yang tidak mudah disentuh kecuali oleh yang berhak. Yang menyadari kemuliannya. Yang menundukkan pandangannya, memelihara auratnya. Yang teguh menjaga kehormatan dan kesuciannya.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." Surah Al-Baqarah, ayat 286.
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah:153)
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah berfirman : ‘Aku bersama hambaKu selagi mana ia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir).’”